Legends of Fire & Steel – Permainan Strategi Penaklukan Dunia Dari Malaysia

0
384 views
views

Bila menyentuh mengenai soal pembangunan permainan mudah alih, tak banyak yang dibangunkan oleh rakyat Malaysia. Salah satu yang menarik perhatian kami ialah Legends of Fire & Steel hasil air tangan rakyat Malaysia yang kini dalam proses pembangunan dan telah pun dilancarkan di KickStarter pada 18 Jun yang lalu bagi tujuan pengumpulan dana.

Permainan Legends of Fire & Steel (http://kck.st/1G7EITw) adalah sebuah game single dan multiplayer penaklukan dunia fantasi jenis turn-based dicampur dengan mekanik “boardgame”  dan “card game” yang sedang dibangunkan untuk PC, Mac dan tablet mudah alih (iOS dan Android).

Game ini mendapat inspirasi dari game strategi epik seperti Civilization, Crusader Kings 2, and Heroes of Might and Magic, tetapi dengan tempoh permainan yang lebih singkat dan pengawalan mudah seperti game Risk, Lux, atau FT.

Melalui apa yang dikongsikan, permainan ini bagi kami dihasilkan dengan begitu teliti dan hasil seni yang cukup baik dengan grafik berkualiti tinggi. Berikut adalah ciri-ciri yang ada pada Legends of Fire & Steel :

  • Game strategi penaklukan dunia fantasi klasik dengan kawalan mudah, intuitif yang boleh dimainkan dengan lancar di PC, Mac, tablet iOS dan Android.
  • Pelbagai wira untuk dipilih, masing-masing dengan kebolehan dan kuasa taktikal berbeza
  • Kempen Single Player: Ikuti perang antara kaum di seluruh tanah, membuka peta dan wira baru serta menjelajah ke tanah baru.
  • Game multiplayer turn-based serentak dengan “Ranked” dan permainan kasual, pencarian rakan, kedudukan, dan leaderboards.
  • Kumpul Kad Wira: buka wira-wira baru dan mengembangkan pemilihan wira anda.

Menyentuh mengenai corak permainan atau gameplay yang bakal diperkenalkan pada Legends of Fire & Steel ini, ianya merupakan sebuah permainan menakluk kawasan yang klasik dengan elemen memilih sendiri pasukan anda. Ditetapkan dalam dunia yang mempunyai tiga bangsa yang sedang berperang – Humans, Fae, Revenant – pemain boleh menubuhkan tentera yang dipimpin oleh wira-wira dan digunakan untuk menakluk kawasan bagi mendapatkan sumber dan membina unit serta wira-wira baru.

Kawal wira-wira anda di seluruh peta dan bina tentera menggunakan unit dari kaum yang ada. Setiap unit dan wira ada kebolehan, kelemahan dan kuasa taktikal tertentu. Mereka boleh dinaik taraf menjadi lebih kuat, dan wira baru boleh dibuka menggunakan sumber yang anda menangi. Menawan semua istana musuh adalah objektif anda dan anda menentukan bagaimana untuk menggunakan giliran anda.

Multiplayer pula menggunakan plan serentak dan resolusi kitaran. Ia menghilangkan rasa bosan cara permainan lama dimana setiap pemain menunggu pemain lain menghabiskan giliran. Semasa pertempuran resolusi, setiap unit mempunyai ‘jenis serangan’ seperti peluru berpandu, jarak dekat, atau sihir. Ini berjalan secara satu-persatu mengikut susunan yang kemudiannya akan diselesaikan secara automatik. Campur dan padankan sistem ini dengan setiap wira-wira yang mempunyai kemampuan berbeza membolehkan pemain mencipta pelbagai strategi berbeza dalam setiap game.

Anda boleh menunjukkan sokongan melalui Kickstarter yang telah pun bermula Jun yang lalu dan setiap satu adalah berbeza mengikut kategori yang anda pilih. Rujuk halaman Kickstarter “Legends of Fire & Steel” dan pilih pakej yang anda mahukan antaranya diberikan kredit atas sokongan, mendapat salinan percuma “Legends of Fire & Steel” yang berharga $19.99 (RM76), diberi akses awal untuk Beta dan banyak lagi termasuk wallpaper HD dan ditandatangan oleh pihak pembangun sendiri.

Tidak perlu tunggu lagi, lawati halaman Kickstarter permainan ini sekarang untuk lebih banyak maklumat lanjut. (http://kck.st/1G7EITw).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here