Instagram Kini Menyokong Resolusi Tinggi 1080×1080 – Gambar Selfie Anda Kini Lebih Baik

Instagram sebelum ini menerima kritikan apabila gambar yang dimuat naik ke laman media sosial itu terutama yang dimuatnaik menggunakan peranti Android, akan ditukar kepada berkualiti rendah dan menyebabkan gambar yang diambil menjadi buruk dan tampak pecah.

instagram

Menyedari akan hal itu, pihak Instagram hari ini mula menyokong gambar pada paparan lebih tinggi iaitu pada 1080×1080 sekaligus akan mengekalkan kualiti gambar yang diambil pengguna. Setiap gambar yang dimuatnaik akan dipaparkan pada resolusi 1080×1080 dan anda tidak perlu lagi risau selfie masing-masing kelihatan buruk.

Kemaskini baru ini dikeluarkan serentak kepada semua pengguna iOS dan juga Android bermula hari ini. Namun, buat masa ini, masih tidak diketahui bila ia akan berfungsi sepenuhnya.

sumber | AndroidAuthority

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here