Harga Sony Xperia Z3+ Di Malaysia – Peranti Tercanggih Sony Dengan Kamera Sehebat iPhone 6 Plus, Snapdragon 810

Harga Sony Xperia Z3+ Di Malaysia merupakan antara persoalan yang sering ditanya memandangkan telefon pintar tersebut masih belum dibawa masuk secara rasmi oleh Sony Malaysia. Diperkenalkan pada bulan Mei 2015 yang lalu, anda kini boleh mendapatkan telefon pintar tercanggih milik Sony ini di Malaysia.

Tiada Sony Xperia Z4 diperkenalkan pada tahun ini dan Sony mengambil langkah memperkenalkan Sony Xperia Z3+ yang merupakan versi kemaskini kecil kepada model terdahulu iaitu Xperia Z3.Antara perbezaan kecil antara Z3 dan juga Z3+  boleh dilihat dari cip pemprosesan yang diguna, saiz bateri, kenipisan, rekabentuk dan model yang ditawarkan.

BACA :
LG G4 Ditawarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM2499
Lenovo Vibe Shot Z90 Dengan Kamera 16 Megapiksel, 3GB Ram Berharga RM1079

Penjual tempatan mula menawarkan peranti ini kepada pengguna Malaysia pada harga RM2699. Ini merupakan original AP Set yang mempunyai waranti dari kedai sahaja dan bukan dari Sony Malaysia. RM2699 adalah untuk versi single sim dan tambahan RM100 dikenakan untuk versi Dual-sim. 3 pilihan ditawarkan iaitu hitam, emas dan putih.

Menyentuh mengenai soal spesifikasi, Xperia Z3+ dikemaskini dengan cip pemprosesan Snapdragon 810, skrin 1080p Full HD bersaiz 5.2 inci, 3GB ram, memori terbina 32GB dengan sokongan sdcard 128GB, Android 5.0 Lollipop, kamera utama 20.7 megapiksel, 5 megapiksel di bahagian hadapan dan bateri bersaiz 2930mAh. Peranti ini turut dilengkapi dengan teknologi Quick Charge 2.0  yang berupaya mengecas 60% bateri dalam masa 30 minit.

sumber : Satugadget

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here