Harga Sony Xperia M4 Aqua Di Malaysia – Peranti Kalis Air Yang Boleh Dibawa Berenang

0
3,204 views
views

Harga Sony Xperia M4 Aqua Di Malaysia telah pun diumumkan oleh Sony Malaysia ketika majlis acara pelancaran model terbaru mereka tidak lama dahulu. Peranti kalis air dengan spesifikasi kelas pertengahan ini kini boleh didapati di kedai-kedai di seluruh Malaysia.

Ketika diperkenalkan di Malaysia pada 11 Jun yang lalu, harga rasmi bagi Sony Xperia M4 Aqua ini ialah RM969. Kini, setelah hampir sebulan berada di dalam pasaran, penjual tempatan dilihat telah pun menurunkan harga peranti ini kepada sekitar RM880 (*harga rasmi di Sony Centre masih RM969).

Menyentuh mengenai soal spesifikasi yang ada Xperia M4 Aqua ini, ianya dilengkapi cip pemprosesan Snadragon 615 64Bit, skrin 5 inci 720p, Android 5.0 Lollipop, 2GB ram, memori dalaman sebesar 8GB dengan sokongan sdcard, kamera utama 13 megapiksel, 5 megapiksel di bahagian hadapan dan bateri sebesar 2400mAh.Peranti ini turut mempunyai fungsi dual-sim dimana satu untuk sambungan 3G dan satu lagi adalah LTE.

Ciri-ciri kalis air dengan rating IP68 yang ada pada Xperia M4 Aqua ini membolehkan anda membawanya berenang di dalam air tawar pada kedalaman 1.5 meter selama 30 minit.Anda boleh mendapatkannya dalam 3 pilihan warna iaitu hitam, putih dan juga Coral.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here