Harga Samsung Galaxy A8 Di Malaysia Didedah Lebih Awal – Bakal Dilancar Masa Terdekat

Harga Samsung Galaxy A8 di Malaysia masih belum diumumkan secara rasmi memandangkan telefon pintar dengan cip pemprosesan Snadragon 615 tersebut masih belum dilancarkan secara rasmi di negara ini.

Berita baik bagi anda yang tidak sabar untuk mengetahui harga yang bakal ditawarkan untuk peranti ini, maklumat awal mengenai harganya telah pun tersebar luas hari ini.Samsung Galaxy A8 di Malaysia akan ditawarkan pada harga RM1888, demikian menurut poster promosi peranti tersebut yang dikongsikan oleh MDroid.

Dilengkapi spesifikasi pertengahan, Samsung Galaxy A8 hanya mempunyai ketebalan sekitar 5.94mm, dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 615, 2GB ram, skrin 5.7 inci, kamera utama 16 megapiksel dan 5 megapiksel bahagian hadapan, memori terbina 32GB dengan sokongan sdcard 128GB, bateri bersaiz 3050mAh dan Android 5.1 Lollipop.

Poster promosi yang mendedahkan harga Samsung Galaxy A8

Menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 615 sebagai CPU meletakkan telefon pintar ini di dalam kategori peranti kelas pertengahan namun dengan spesifikasi yang tidak mengecewakan. Galaxy A8 turut mempunyai pengimbas cap jari di bahagian butang Home dan rekaan yang menyerupai Samsung Galaxy S6.

Jadi, apa pendapat anda mengenai harga yang ditawarkan ? Adakah terlalu mahal atau cukup berbaloi?

sumber | mdroid

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here