Harga Oppo R7 Plus Di Malaysia – Peranti Dengan Pelbagai Ciri Menarik Berharga RM1998

1
702 views
views

Harga Oppo R7 Plus Di Malaysia akhirnya diumumkan secara rasmi oleh Oppo Malaysia di acara pelancaran model terbaru mereka iaitu Oppo R7 Plus dan Oppo R7 Lite. Peranti yang mula diperkenalkan pada bulan May 2015 yang lalu kini memasuki pasaran Malaysia secara rasmi.

Anda boleh mendapatkan Oppo R7 Plus pada harga rasmi RM1998. Peranti ini dilengkapi dengan spesifikasi pertengahan namun tidak mengecewakan. Dikuasakan oleh cip pemprosesan Snadragon 615 64 Bit, ia turut dibantu oleh ram sebesar 3GB bagi memastikan proses multi tasking lebih baik. Peranti ini turut mempunyai kamera utama 13 megapiksel dan 8 megapiksel di hadapan untuk kualiti selfie yang lebih baik.

Spesifikasi lain ialah, skrin full HD 1080p bersaiz 6 inci, memori terbina sebesar 32GB dengan sokongan sdcard 128GB termasuk bateri sebesar 4100mAh. Oppo R7 Plus turut dilengkapi teknologi pengecasan pantas yang berupaya mengecas sebanyak 75% dalam masa 30 minit.

Menyentuh mengenai soal atau ciri-ciri menarik yang terdapat pada telefon pintar ini, ia menggunakan sistem operasi ColorOS 2.1 berasaskan Android 5.0 Lollipop. Oppo mengatakan bahawa ColorOS berfungsi lebih baik berbanding sistem operasi berasaskan Android yang lain. Pelbagai masalah berkaitan lag pada telefon pintar kini tidak lagi wujud padanya dan aplikasi kini boleh dibuka dengan lebih pantas.

Teknologi pengecasan pantas mereka turut dikatakan antara yang terbaik dan lebih baik berbanding jenama lain. Bateri sebesar 4100mAh dan boleh di cas sehingga 75% penuh dalam masa 30 minit adalah hebat bagi kami.

Oppo juga memberi perhatian serius terhadap kemampuan kamera Oppo R7 Plus. Kamera utama 13 megapiksel menggunakan sensor Sony untuk hasil gambar dan rakaman yang terbaik selain turut mempunyai fungsi Laser AutoFokus. Beberapa mod rakaman turut disertakan antaranya Super GIF, Selfie Flash, Double Exposure 2.0, Gorgeous Filter dan Quick Motion.

Anda boleh mendapatkan peranti ini melalui pengedar ramsi Oppo di seluruh Malaysia dalam pilihan warna emas. Jadi, apa pendapat anda mengenai harga Oppo R7 Plus ini ?

Facebook Comments

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here