Samsung Alami Kerugian – Harga Galaxy S6 Bakal Diturunkan

0
946 views
views

Harga Samsung Galaxy S6 di Malaysia yang ditawarkan oleh Samsung Malaysia ialah RM2399 dan ianya mungkin akan berubah menjadi lebih murah dalam sedikit masa lagi memandangkan pihak Samsung telah pun mengumumkan rancangan untuk menurunkan harga peranti Android terbaik mereka itu.

Samsung mengumumkan jumlah pendapatan terbaru mereka Rabu lalu dan sedang mempertimbangkan untuk menurunkan harga peranti flagship mereka berikutan kerugian yang dialami. Ia akan dilakukan untuk mengekalkan momentum jualan peranti mereka di masa hadapan.

Persaingan sengit dengan pengeluar telefon pintar lain seperti Apple dan juga Xiaomi menyebabkan hasil jualan Samsung turun berbanding sebelum nya. Samsung berjaya menjual sekitar 81.1 million peranti dalam suku pertama 2015, kurang 4.4 Million berbanding tahun lepas dalam tempoh yang sama, seperti yang dilaporkan agensi kajian, Gartner.

Ternyata strategi Samsung untuk menaikkan hasil jualan peranti mereka melalui Samsung Galaxy S6 /Edge tidak berjaya seperti yang diharapkan dan kini berharap dengan penurunan harga peranti flagship mereka akan dapat membantu mengekalkan momentum jualan peranti mereka.

Dalam satu perkembangan lain, pihak Samsung dijangka akan memperkenalkan siri Galaxy Note terbaru mereka iaitu Galaxy Note 5 dalam masa terdekat ini. Ianya akan dilengkapi dengan spesifikasi teraik yang ada masa kini bagi bersaing dengan beberapa model jenama lain di dalam pasaran.

CNet

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here