Fungsi ‘My Xperia Theft Protection’ Peranti Xperia Mungkin Merosakkan Xperia Anda Jika Diakftifkan

1
1,774 views
views

My Xperia Theft Protection diperkenalkan oleh Sony Mobile untuk siri Xperia terbaru mereka seperti Sony Xperia Z4 Tablet, Xperia Z4/Z3+, Xperia C4 dan juga Xperia M4 Aqua. Sistem sekuriti MXTP yang direka oleh Sony untuk peranti mereka ini merupakan salah satu sistem pelindung kecurian yang amat ketat sehingga mampu merosakkan peranti Xperia anda.

Secara ringkasnya, MXTP berfungsi dengan cara melindungi bootloader peranti Xperia dimana pencuri tidak akan dibenarkan memadam data peranti anda ( full wipe ) ataupun memasang custom rom padanya tanpa maklumat akaun Google anda.

Secara asasnya, setiap peranti Xperia baru akan mempunyai bootloader yang dikunci dan ianya boleh dibuka jika anda mahu. Akan tetapi, apabila fungsi My Xperia Theft Protection diaktifkan, status bootloader anda akan ditukar kepada tidak boleh dibuka (Unlocked Bootloader = No). Anda harus mematikan MXTP jika ingin membuka bootloader peranti masing-masing.

Masalah akan terjadi apabila anda ingin mengaktifkan fungsi MXTP apabila bootloader telah dibuka (unlocked bootloader).Jika anda telah unlocked Bootloader peranti masing-masing kemudian ingin mengaktifkan fungsi sekuriti MXTP, ia akan menyebabkan konflik berlaku dimana MXTP akan cuba menukar status tidak membenarkan bootloader dibuka (Unlocked Bootloader = No) pada masa yang sama anda telah pun membuka bootloader sebelum ini.

Konflik tersebut akan menyebabkan peranti anda tidak akan berfungsi dan mengalami masalah hard bricked, satu keadaan dimana ianya tidak dapat dihidupkan atau diselamatkan langsung. Kes ini disahkan terjadi kepada beberapa pengguna Xperia Z4 Tablet yang tidak menyedari keadaan ini.

Jadi secara ringkasnya, jika anda anda telah pun membuka bootloader peranti masing-masing, jangan sesekali menghidupkan fungsi My Xperia Theft Protection atau peranti anda tidak akan dapat dihidupkan langsung akibat dari konflik yang berlaku.

sumber | XperiaBlog

1 COMMENT

  1. soleheen blog ko ni agak berat.. amanz nye blog ringan.. padahal lebih kurg je.. bljarlah ngan amanz camne nak ringankan blog ni..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here