Blackberry Bakal Guna Android ? – Venice Mungkin Model Pertama Dilengkapi Sistem Operasi Google

0
344 views
views

Satu ketika dahulu, kami merupakan peminat Blackberry dalam diam, dalam diam kerana tak mampu untuk membeli peranti mahal tersebut. Kemunculan sistem operasi Android oleh Google serta iOS oleh Apple kini dilihat menenggelamkan populariti Blackberry dan menyebabkan kerugian besar kepada mereka.

 

CI_sS-hWoAAvffK.png large

Blackberry cuba bangun semula dengan memperkenalkan peranti berspesifikasi tinggi seperti Blackberry Passport namun dilihat masih gagal meraih perhatian pengguna. Kini, mereka dikhabarkan bakal hadir dengan strategi baru iaitu mengunakan sistem operasi pesaing mereka sebagai OS utama.

Blackberry Venice, peranti Blackberry berspesifikasi tinggi bakal menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 808, 3GB ram, kamera utama 18 megapiksel, 5 megapiksel di hadapan, skrin Quad-HD 5.4 inci dan sistem operasi Android.

Venice turut mempunyai dua skrin melengkung seperti Samsung Galaxy S6 Edge dan papan kekunci dengan rekaan slider seperti Blackberry Torch terdahulu.

Pemberi maklumat awal terkenal evleaks dalam tweet terbaru beliau menyatakan Blackberry Venice merupakan sebuah peranti Blackberry yang akan dikuasakan oleh Android namun tidak menyatakan versi yang akan digunakan.

BlackBerry-Venice-Android-ATT-01

Selain Blackberry Venice yang disebut bakal menggunakan Android sebagai sistem operasi, beberapa peranti Blackberry lain turut disebut bakal hadir antaranya peranti dengan kod nama “Prague” yang dikatakan akan dilengkapi spesifikasi pertengahan dan mempunyai rekabentuk seperti Blackberry Z3.

Apa-apa pun bagi kami, ini merupakan satu berita baik dan amat kami nantikan. Bagaimana dengan anda?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here