Bagaimana Memuat Turun Video Instagram Dari Peranti Android? – Ini Caranya

0
727 views
views

Tidak semua perkara yang ingin dilakukan pada peranti Android anda memerlukan kepada kemahiran serta akses root.  Dalam #SiriBagaimana S01E01 kali ini kami akan menunjukkan cara mudah yang boleh anda lakukan jika ingin memuat turun sesuatu video daripada aplikasi Instagram pada peranti Android masing-masing.

Instagram kini merupakan satu fenomena untuk berkongsi pelbagai video menarik dan bagi yang berminat untuk menyimpan video yang dijumpai di Instagram, cara paling mudah yang boleh dilakukan ialah dengan menggunakan aplikasi Insta Download.

Anda cuma perlu muat turun aplikasi percuma ini dari Play Store masing-masing dan pasang pada peranti anda. Untuk menggunakannya hanya perlu :

1- Buka Instagram dan pilih video/gambar yang diinginkan.
2- Tekan pada menu yang ada pada setiap post instagram ( 3 titik bertindih sebelah butang like dan komen).
3- Pilih Copy Share URL.
4- Buka aplikasi Insta Download.
5- Tekan Paste.
6- Tunggu 1,2 saat dan tekan butang Save Image / Save Video.

Mudah bukan? Jangan lupa subscribe channel rasmi Youtube kami untuk episod lain. Lebih banyak tutorial ringkas akan dikongsikan dalam #SiriBagaimana pada masa akan datang.

Muat Turun Insta Download

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here