Android M Developer Preview 2 Sedia Untuk Dimuat Turun – Selesaikan Pelbagai Isu, Lebih Stabil

0
574 views
views

Android M Developer Preview yang dimumkan oleh Google pada 29 May yang lalu kini menerima kemaskini baru. Versi kedua yang dikeluarkan hari ini untuk peranti Nexus kini lebih stabil dan lebih banyak isu serta bugs yang wujud dalam versi awal.

Android M, sebuah sistem operasi terbaru milik Google merupakan versi kemaskini kepada Android 5.0 Lollipop yang membawakan pelbagai perkara baharu terutamanya ia kini menyokong sistem pengimbas cap jari, sedikit perubahan pada antaramuka, teknologi DOZE  yang memfokuskan kepada penjimatan bateri yang lebih menyeluruh dan beberapa perkara lain.

Android M Developer Preview 2 boleh dimuat turun untuk peranti Nexus 5, Nexus 6 dan juga Nexus 9 bermula hari ini. Kemaskini OTA akan tiba dalam masa beberapa hari lagi jika anda menggunakan versi pertama. Tiada kemaskini OTA disediakan buat masa ini, ini bermakna anda perlu flash secara manual yang akan memadamkan kesemua data anda. Jadi, pastikan anda tahu apa yang perlu dilakukan.

Rujuk pautan dibawah untuk memuat turun Android M Developer Preview 2 bagi peranti masing-masing.

Muat Turun Android M Developer Preview 2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here