Nexus 6 Terima Kemaskini Android 5.1.1 Lollipop – Penantian Berakhir

0
344 views
views

Pengguna Nexus 6 sebelum ini dibiarkan termenung menunggu kemaskini Android 5.1.1 Lollipop untuk peranti masing-masing selepas kesemua siri telefon pintar dan tablet Nexus telah pun terima kemaskini yang sama beberapa minggu yang lalu.

Namun, bermula minggu ini, pihak Google telah pun mengeluarkan kemaskini Android 5.1.1 untuk telefon pintar Nexus terbaru mereka melalui OTA kepada pengguna di seluruh dunia.

_20150603_093353

Untuk rekod, Android 5.1.1 tidak membawakan sebarang perubahan besar dan hanya merupakan kemaskini yang dikeluarkan bagi menyelesaikan beberapa bugs yang terdapat dalam kemaskini Lollipop sebelum ini. Saiz bagi kemaskini OTA yang dikeluarkan juga tidak terlalu besar dan hanya bersaiz sekitar 30mb~.

Bagi yang tidak sabar menunggu kemaskini OTA pada telefon pintar masing-masing, anda boleh melakukan kemaskini secara manual dengan cara flash file OTA.zip ataupun menggunakan file factory image yang dikongsikan oleh pihak Google. Proses ini akan menyebabkan segala data hilang dan pastikan anda tahu apa yang perlu dilakukan.

Rujuk pautan dibawah untuk memuat turun file factory image telefon pintar anda.

Muat Turun Android 5.1.1 Lollipop

Terima kasih muzammil @techbug

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here