Asus Zenwatch 2 Diperkenalkan Secara Rasmi – Hadir Dalam Dua Saiz, Kalis Air

0
540 views
views

Asus Zenwatch 2 hari ini diumumkan secara mengejut oleh pihak Asus di acara Computex yang berlangsung hari ini di Taiwan. Generasi terbaru jam tangan pintar milik Asus tersebut kini hadir dengan dua saiz berbeza di samping dilengkapi ciri-ciri dan aksesori baru.

Zenwatch 2 diperkenalkan dalam dua variasi berbeza iaitu 37mm dan 41mm (lebar), versi 37mm dilengkapi dengan tali jam bersaiz 18mm manakala versi 41mm dengan tali jam bersaiz 22mm.

Kedua-duanya mempunyai paparan skrin Amoled, Gorilla Glass 3, kalis air/debu dengan rating IP67, kabel pengecas magnetic dan cip pemprosesan Qualcomm yang tidak dinyatakan. Zenwatch 2 kini turut mempunyai “crown” yang tidak dinyatakan fungsinya.

Apa yang menariknya, jam tangan pintar terbaru milik Asus ini kini hadir dengan pelbagai pilihan tali jam antaranya versi tali jam getah dalam 4 pilihan warna ( blue, orange, red, taupe ), versi tali jam kulit dalam 5 pilihan warna (khaki, brown, grey, blue, orange), tali jam besi dalam 3 pilihan warna iaitu Silver, Gunmetal dan RoseGold.

Kabel pengecas magnetic versi baru ini akan mempercepatkan fungsi pengecasan jam tangan pintar tersebut selain turut dilengkapi aplikasi fitness dan remote camera yang lebih baik.Asus Zenwatch 2 bakal hadir dalam 3 pilihan warna iaitu Silver, Gunmetal dan juga Rose Gold.

Buat masa ini, tarikh jualan dan harga pasaran masih belum diumumkan. Sama-sama kita nantikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here