Asus Zenfone Selfie – Dilengkapi Kamera Hadapan 13MP Untuk Penuhi Nafsu Selfie Anda

0
529 views
views

Asus Zenfone Selfie diperkenalkan oleh Asus hari ini mungkin kerana telefon pintar selfie masih terlalu sedikit di dalam pasaran. Hadir dengan rekaan yang hampir sama dengan Asus Zenfone 2, Zenfone Selfie dilengkapi kamera hadapan dengan resolusi 13 megapiksel bagi memenuhi keperluan selfie harian anda.

Selain itu, telefon pintar ini tidak lagi menggunakan cip pemprosesan Intel seperti siri Zenfone 2 akan tetapi dilengkapi dengan cip pemprosesan 64 Bit Snapdragon 615, Android 5.0 Lollipop, Skrin HD Gorilla Glass 4 bersaiz 5.5 inci, kamera utama 13 megapiksel dengan laser auto focus,  kamera hadapan juga 13 megapiksel f/2.2 dengan 88-degree field of view bagi memudahkan proses group selfie.

Asus Zenfone Selfie ini turut mempunyai kickstand tersendiri bertujuan memudahkan lagi proses selfie pengguna dan akan hadir dalam 7 pilihan warna.Lebih menarik, ZenUI yang ada pada telefon pintar ini turut dilengkapi fungsi ZenMotion dimana anda hanya perlu melukis huruf ‘S’ pada skrin untuk membuka kamera hadapan.

Buat masa ini, tarikh jualan rasmi dan harga pasaran masih belum diumumkan.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here