Zen Launcher – Launcher Android Paling Minimalis Dan Ringan Untuk Anda

0
722 views
views

Aplikasi android pilihan kami minggu ini ialah sebuah aplikasi launcher untuk telefon pintar Android anda yang baru sahaja diperkenalkan. Jika dilihat dalam Play Store hari ini, lambakan launcher boleh dimuat turun dan tiada yang terlalu unik dapat menarik perhatian kami.

Berlainan dengan Zen Launcher, sebuah aplikasi launcher baru yang dibangunkan oleh Cooee Launcher DevTeam. Ianya merupakan sebuah launcher yang amat ringan dengan saiz aplikasi dibawah 1MB (906kb). Launcher ini juga amat smooth dan laju dengan konsep minimalis yang digunakan.

Hadir tanpa bahagian butang menu seperti launcher lain, ia menggunakan konsep swipe untuk mengakses aplikasi kegemaran anda dan menu aplikasi. Turut hadir dengan ciri menarik yang dipanggil Smart Reminder. Ia akan menasihati anda mengenai cara penggunaan telefon pintar samada anda telah menghabiskan terlalu banyak masa dalam menggunkan sesebuah aplikasi.

Selain Smart Reminders, antara fungsi menarik lain ialah halaman khas untuk Widget pada homescreen yang membenarkan anda untuk menambah seberapa banyak widget kegemaran pada satu halaman. Ia akan membenarkan anda untuk scroll kebawah melihat widget yang dipasang.

Aplikasi ini amat kami syorkan untuk mereka yang menggunakan telefon pintar berspesifikasi rendah dengan ram yang kecil. Anda boleh memuat turun aplikasi ini melalui Google Play Store dan pasang pada telefon pintar masing-masing.

Muat Turun Zen Launcher

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here