Xperia Music Terima Kemaskini Baru – Music 9.0.1.A.2.0beta Lebih Pantas Dan Stabil

0
501 views
views

Xperia Music 9.0.1.A.2.0beta akhirnya dikeluarkan oleh Sony bermula minggu ini membawakan perubahan yang lebih baik dan stabil berbanding versi Beta sebelum ini. Aplikasi Music oleh Sony Mobile ini bakal menggantikan aplikasi Walkman yang sedia terbina pada peranti Sony Xperia.

Antara ciri-ciri baru yang diperkenalkan lebih pantas ketika dibuka, saiz aplikasi yang lebih kecil, setting diubah ke bahagian drawer di tepi, butang previous kini terdapat pada widget di lockscreen dan beberapa yang lain.

Beberapa perubahan kecil juga dilakukan pada antaramuka aplikasi Music ini menjadikan ia lebih menarik untuk digunakan. Bagi anda yang berminat untuk mencuba aplikasi ini, file APK boleh dimuat turun melalui laman web apkmirror.com melalui pautan dibawah.

Bagi yang mengalami masalah apps not installed , anda harus memasangnya secara manual dengan cara memasukkan file apk ke dalam bahagian System > Apps dan tukar Permission kepada r-w-r-r. Proses ini memerlukan akses root pada telefon pintar anda terlebih dahulu.

Muat Turun Xperia Music 9.0.1.A.2.0beta

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here