Xiaomi Mi 4i Malaysia – Bagaimana Teknologi Sunlight Display Pada Mi4i Berfungsi? Ini Caranya

Xiaomi Mi 4i telah pun dilancarkan di Malaysia secara rasmi pada hari ini. Dilengkapi dengan spesifikasi kelas pertengahan, anda boleh mendapatkannya pada harga RM749 mulai 28 Mei akan datang.

Selain daripada mempunyai saiz beteri yang besar dan fungsi Quick Charging yang sedia terbina, antara ciri menarik lain yang ditekankan ialah teknologi Sunlight Display yang digunakan pada paparan skrin 1080p Xiaomi Mi 4i yang mampu menghasilkan paparan yang amat baik di bawah terik pancaran matahari.

Mungkin ramai antara anda yang tertanya-tanya bagaimana Sunlight Display ini berfungsi pada Xiaomi Mi 4i dan video dibawah yang dirakam oleh pihak HWM Malaysia menunjukkan bagaimana Sunlight Display Mi 4i berfungsi di bawah cahaya terang.

Link Facebook Video by HWM Malaysia

Sunlight Display is one very interesting feature on the Xiaomi Mi 4i.

Posted by HWM Malaysia on 20hb Mei 2015

Link Youtube

Video tersebut jelas menunjukkan bagaimana Sunlight Display pada Xiaomi Mi 4i ini berfungsi. Apabila skrin berada di bawah cahaya terang, gambar secara automatik akan berubah menjadi lebih baik dan jelas untuk dilihat serta berubah dari gelap menjadi terang.

Ini merupakan antara ciri terbaik yang perlu ada pada setiap telefon pintar dan pengguna tidak lagi perlu menghadang tangan atau pergi ke tempat teduh untuk melihat skrin dengan lebih jelas.

Xiaomi Mi 4i akan mula dijual di Malaysia pada 28 Mei ini pada harga RM749 melalui kedai atas talian Mi Malaysia.

Sumber | HWM Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here