Senarai Telefon Pintar Dengan 4GB Ram Di Malaysia – Spesifikasi Dan Harga Jualan

0
10,676 views
views

Senarai Telefon Pintar Dengan 4GB Ram di Malaysia,  tahun 2015 menyaksikan puluhan telefon pintar diperkenalkan dengan spesifikasi canggih dan terkini ditawarkan kepada pengguna. Antara spesifikasi yang paling mendapat perhatian sekarang ini ialah saiz ram yang digunakan oleh peranti-peranti tersebut.

Asus merupakan antara syarikat pertama yang mengumumkan peranti Android dengan saiz ram yang besar serta dilengkapi spesifikasi canggih. Tidak cukup dengan itu, siri Asus Zenfone 2 yang diperkenalkan oleh mereka turut dijual pada harga yang amat rendah sekaligus menjadikan ia sebagai satu fenomena dikalangan pengguna.

Namun, tak ramai yang menyedari bahawa selain daripada pihak Asus yang memperkenalkan peranti dengan ram sebesar 4GB, terdapat juga beberapa peranti lain yang turut menggunakan saiz ram yang sama. Berikut ialah senarai yang kami kumpulkan sebagai rujukan anda.

ASUS ZENFONE 2 ZE551ML 4GB RAM

Telefon pintar ini tidak lagi perlu diperkenalkan kepada anda. Diumumkan sekitar bulan Januari 2015 yang lalu, pihak Asus Malaysia pada 19 Mei 2015 telah pun melancarkan siri Asus Zenfone 2 di negara ini secara rasminya. Terdapat 4 model Asus Zenfone 2 yang berbeza spesifikasi dan perbezaan setiap model tersebut boleh dirujuk pada jadual dibawah.

ZENFONE 2 ZE551ML ZE551ML ZE550ML ZE500CL
SAIZ SKRIN 5.5-inch 1080p 5.5-inch 1080p 5.5-inch 720p 5 -inch 720p
PROCESSOR 2.3GHz quad-core Z3580 Intel processor 1.8GHz quad-core Z3560 Intel processor 1.8GHz quad-core Intel processor 1.6GHz quad-core Intel processor
RAM

MEMORI TERBINA

4GB

32GB / 64GB

2GB

32GB

2GB

16GB

2GB

16GB

KAMERA  13MP + 5MP  13MP + 5MP  13MP + 5MP  8MP + 5MP
BATERI  3000mAh  3000mAh  3000mAh  2500mAh
SISTEM OPERASI  Android 5.0 Lollipop  Android 5.0 Lollipop  Android 5.0 Lollipop  Android 5.0 Lollipop
HARGA RM1099 (32GB)

RM1299 (64GB)

 RM899  RM749  RM599

Asus Zenfone 2 dengan 4GB ram boleh didapati dari pengedar rasmi Asus dan kedai-kedai gajet pada harga serendah RM1099 bagi model dengan memori sebesar 32GB dan RM1299 bagi versi 64GB.

LENOVO K80 4GB RAM

Dilancarkan di China sekitar bulan April 2015 yang lalu, Lenovo K80 dilengkapi spesifikasi yang tidak boleh dipandang ringan. Selain 4GB ram yang menjadi perhatian ramai, K80 menggunakan spesifikasi yang tidak jauh berbeza dengan Asus Zenfone 2 ZE551ML 4GB Ram.

 

Ia dilengkapi skrin 1080p bersaiz 5.5 inci, cip pemprosesan Intel 64 Bit berkelajuan 1.8GHz, Android 5.0 Lollipop, 4GB ram, memori terbina sebesar 64GB, kamera utama 13 megapiksel dengan teknologi Optical Image Stabilization (OIS), sambungan LTE dan bateri sebesar 4,000mAh.

Lenovo K80 mula dijual di China pada harga sekitar 1,799 CNY ($290 = RM1050+- ) dan turut hadir dalam versi 2GB ram yang dijual pada harga $240 ( RM870 ). Buat masa ini, tiada maklumat rasmi samada ia akan dijual di pasaran luar negara selain China.

XIAOMI MI NOTE PRO

Pengumuman siri Xiaomi Mi Note tidak lama dahulu mendapat perhatian tinggi daripada peminat peranti Android di seluruh dunia. Hadir dalam dua variasi, versi tercanggih ialah Xiaomi Mi Note Pro yang dilengkapi spesifikasi terbaik masa kini.

Mi Note Pro menggunakan cip pemprosesan 64-Bit Snapdragon 810 berkelajuan 2.3GHz, skrin bersaiz 5.7 inci dengan paparan 2K, Android 5.0.1 Lollipop, 4GB ram, memori terbina 64GB, kamera utama 13 megapiksel dengan 4 megapiksel bahagian hadapan, sambungan LTE dan bateri sebesar 3,000mAh.

Peranti tercanggih dari Xiaomi ini turut dilengkapi dengan teknologi Quick Charging yang mampu mengecas bateri sehingga 60% dalam masa 30 minit. Buat masa ini, ia masih tidak dijual secara rasmi oleh Mi Malaysia akan tetapi beberapa penjual tempatan dilihat telah mula menawarkannya pada harga serendah RM2800+-.

Buat masa ini, hanya 3 peranti Android yang dilengkapi ram sebesar 4GB telah pun diperkenalkan secara rasmi dan dua daripadanya iaitu Asus Zenfone 2 dan Xiaomi Mi Note Pro telah pun dijual di Malaysia.

Jadi, pada pendapat anda ciri yang manakah lebih utama yang harus ada pada sesebuah telefon pintar? Kami lebih mementingkan saiz bateri sebelum melihat kepada aspek lain namun tidak menafikan hardware lain turut penting.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here