Nexus 9 Dan Nexus 7 Terima Kemaskini Android 5.1.1 Lollipop

0
355 views
views

Selepas Nexus 5 dan Nexus 4 dikemaskini kepada Android 5.1.1 Lollipop, kini giliran siri tablet Nexus 9 (baca review kami) dan juga Nexus 7 untuk menerima kemaskini serupa bermula hari ini. Ini menjadikan hampir kesemua siri telefon pintar dan tablet Nexus telah pun menerima kemaskini tersebut kecuali flagship terbaru Google iaitu Nexus 6 yang masih menggunakan Android 5.1.0 Lollipop.

Seperti biasa, kemaskini ini dikeluarkan secara berperingkat dan bagi yang tidak sabar menunggu, anda boleh melakukan kemaskini secara manual menggunakan file factory image yang disediakan oleh Google melalui halaman Google Developers.

Android 5.1.1 Lollipop merupakan versi terbaru untuk sistem operasi Google Android dan tidak membawa sebarang perubahan besar dari segi antaramuka. Ianya dikeluarkan untuk menyelesaikan beberapa bugs serta masalah yang wujud dalam kemaskini sebelum ini.

Muat Turun Factory Image Android 5.1.1 Lollipop

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here