LG G4 Dengan Kemasan Kulit Asli Kini Ditawarkan Di Malaysia – Berharga RM2899

0
428 views
views

Harga LG G4 di Malaysia dengan kemasan plastik di bahagian belakang ialah sekitar RM2699 turun daripada harga asal yang ditawarkan sekitar RM3799 awal Mei yang lalu. Bagaimana dengan LG G4 dengan kemasan kulit asli di bahagian belakang?

harga lg g4 malaysia price
LG G4 yang ditawarkan oleh pihak Directd

Berita baik buat anda yang menunggu kehadiran variasi ini di Malaysia, ianya telah pun mula ditawarkan kepada pengguna negara ini pada harga yang tidak mampu kami miliki. LG G4 dengan kemasan kulit asli ditawarkan pada harga RM2899 dan hadir dalam 5 pilihan iaitu Genuine Leather Brown, Genuine Leather Red, Genuine Leather Black, Genuine Leather SkyBlue dan Genuine Leather Beige.

Untuk rekod, ini merupakan versi dual-sim.Antara spesifikasi ringkas LG G4 ialah ia dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 808, skrin 5.5 inci, 3GB ram, 32GB memori terbina + sokongan sdcard, kamera utama 16 megapiksel + 8 megapiksel dihadapan, Android 5.1 Lollipop dengan LG UI dan bateri sebesar 3,000mAh.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here