Harga Xiaomi Mi 4i Di Malaysia – Serendah RM749, Dijual Mulai 28 Mei Ini

0
1,442 views
views

Harga Xiaomi Mi4i di Malaysia, Mi4i tidak dinafikan merupakan telefon pintar terbaru milik Xiaomi yang amat dinantikan kehadirannya di Malaysia. Berita baik buat peminat Xiaomi, telefon pintar terbaru daripada Xiaomi tersebut telah pun dilancarkan di Malaysia.

Harga pasaran untuk Xiaomi Mi4i adalah RM749 dan ini meletakkan telefon pintar ini di dalam kategori telefon pintar bawah RM800 yang amat berbaloi untuk dimiliki. Menyentuh mengenai soal spesifikasi, Xiaomi Mi4i dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 615, skrin 5 inci 1080p, Android 5.0.2 Lollipop, memori dalaman 16GB, 2GB ram, kamera utama 13 megapiksel dan 5 megapiksel di bahagian hadapan, Bluetooth 4.1 dan bateri sebesar 3120mAh.

Mi 4i ini juga dilengkapi dengan fungsi Quick Charging yang mampu mengecas 40% bateri dalam masa 60 min dan menggunakan teknologi Sunlight Display yang memberi hasil paparan lebih baik di bawah cahaya matahari terang. Namun, Xiaomi Mi 4i tidak mempunyai slot sdcard dan untuk pasaran Malaysia, hanya model berwarna putih sahaja yang akan dijual.

Anda boleh mendapatkan telefon pintar ini pada 28 Mei ini melalui kedai atas talian mereka dan telco akan mula menawarkan Xiaomi Mi 4i ini mulai Jun akan datang.

SUMBER

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here