Harga LG G4 Di Malaysia – Kemaskini Mei 2015

0
992 views
views

Harga LG G4 Di Malaysia – mungkin ramai antara anda yang tidak menyedari bahawa telefon pintar Android terbaik masa kini milik LG telah pun dijual di Malaysia sebulan selepas pengumuman mengenainya dibuat pada April 2015 yang lalu.

LG G4, sebuah Android Beast penyambung siri LG G3 dilengkapi dengan spesifikasi terbaik masa kini. LG dilihat memfokuskan kepada keupayaan kamera pada LG G4 milik mereka dan ianya diakui oleh MKBHD sebagai antara kamera terbaik yang ada pada sesebuah telefon pintar.

Peranti ini telah pun dibawa masuk ke pasaran Malaysia pada harga yang sangat premium bagi kami rakyat marhaen. Directd mula menawarkan LG G4 pada harga permulaan RM3799 dan boleh didapati dalam 3 variasi iaitu Metallic Grey, Genuine Leather Black dan Genuine Leather Brown, SatugadgetDotCom RM3769 dan beberapa kedai tempatan lain yang turut menawarkannya pada harga RM3k keatas.

Kemaskini 26 Mei 2015

Directd dilihat telah pun menurunkan harga peranti ini kepada RM2999 dan GreenFone Gadget Store (Lelong) menawarkannya pada harga RM2949.

Antara spesifikasi ringkas LG G4 ialah ia dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 808, skrin 5.5 inci, 3GB ram, 32GB memori terbina + sokongan sdcard, kamera utama 16 megapiksel + 8 megapiksel dihadapan, Android 5.1 Lollipop dengan LG UI dan bateri sebesar 3,000mAh.

Jadi adakah anda akan mendapatkan peranti terbaik dari LG ini ?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here