Android 5.1.1 Lollipop Untuk Nexus 5 Dan Nexus 4 Kini Rasmi – Nexus 6 Masih Menanti Giliran

0
291 views
views

Kemaskini Android 5.1.1 Lollipop mula dikeluarkan secara rasmi oleh pihak Google kepada pengguna Nexus 4 dan juga Nexus 5. Ianya dikeluarkan dalam bentuk OTA dan bagi anda yang memerlukan file factory image, ia boleh dimuat turun melalui halaman rasmi Google Developers.

Android 5.1.1 tidak membawakan sebarang perubahan besar dan hanya merupakan kemaskini yang dikeluarkan bagi menyelesaikan beberapa bugs yang terdapat dalam kemaskini Lollipop sebelum ini. Saiz bagi kemaskini OTA yang dikeluarkan juga tidak terlalu besar dan hanya bersaiz sekitar 30mb~.

Bagi yang tidak sabar menunggu kemaskini OTA pada telefon pintar masing-masing, anda boleh melakukan kemaskini secara manual dengan cara flash file OTA.zip ataupun menggunakan file factory image yang dikongsikan oleh pihak Google. Proses ini akan menyebabkan segala data hilang dan pastikan anda tahu apa yang perlu dilakukan.

Rujuk pautan dibawah untuk memuat turun file factory image telefon pintar anda.

Muat Turun Android 5.1.1 Lollipop

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here