OxygenOS Untuk OnePlus One Sedia Untuk Dimuat Turun

1
421 views
views

OxygenOS untuk OnePlus One sememangnya amat dinantikan oleh pengguna OPOne setelah pengumuman mengenai sistem operasi berasaskan Android 5.0.1 Lollipop tersebut diumumkan tidak lama dahulu.

oxygen-Blog

Setelah beberapa kali ditangguhkan, pihak Oneplus hari ini mengumumkan bahawa sistem operasi OxygenOS mereka sedia dimuat turun oleh pengguna yang berminat.Malangnya, ianya masih dalam peringkat ujian dan bukan kemaskini terakhir dalam bentuk OTA kepada pengguna.

Anda sebagai pengguna perlu memberikan respon kepada pihak Oneplus untuk tujuan penambahbaikkan sebelum versi terakhir yang sempurna dan stabil dapat dikeluarkan dalam bentuk kemaskini OTA.

Harus diingat, proses pemasangan sistem operasi OxygenOS ini perlu dilakukan secara manual dimana panduan proses flash turut disediakan oleh pihak Oneplus melalui forum mereka.Pastikan anda tahu apa yang perlu dilakukan sebelum memulakan proses pemasangan.

Secara ringkasnya untuk memasang OxygenOS ini anda perlu :

– Memasang custom recovery seperti TWRP
– Flash file OxygenOS melalui recivery tadi.

File dan arahan pemasangan boleh dimuat turun dari pautan di bawah.

Muat Turun OxygenOS Oneplus One.

 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here