Harga Asus Zenfone 2 Di Malaysia – Model ZE500CL, ZE550ML Dan ZE551ML Kini Di Tawarkan Penjual Tempatan

4
937 views
views

Harga Asus Zenfone 2 di Malaysia, Zenfone 2 tidak dinafikan antara model telefon pintar terkini yang amat dinantikan kehadirannya di Malaysia. Tidak lama selepas ia dilancarkan, kini beberapa model Asus Zenfone 2 telah mula ditawarkan kepada pengguna di Malaysia melalui penjual tempatan.

Sebelum anda membeli telefon pintar ini, apa yang anda perlu ketahui ialah model yang diperkenalkan oleh Asus kepada pengguna. Terdapat 3 model dengan kod nombor berlainan dan ketiga-tiga model mempunyai spesifikasi berbeza.

HARGA ASUS ZENFONE 2 MALAYSIA PRICE

Untuk model ZE551ML , ianya hadir dalam dua pilihan iaitu versi 2GB ram dan juga 4GB ram. Kedua-dua versi ini turut mempunyai model processor dengan kelajuan berbeza. ZE551ML  versi 4GB ram dilengkapi 2.3GHz quad-core Z3580 Intel processor manakala versi 2GB ram menggunakan 1.8GHz quad-core Z3560 Intel processor.

Pihak SatuGadget menawarkan ketiga-tiga model Zenfone 2 kepada pengguna Malaysia namun jika dilihat Asus Zenfone ZE551ML yang ditawarkan oleh mereka ialah versi 2GB ram dengan harga pengenalan RM1089. Anda mungkin akan keliru apabila melihat bahagian spesifikasi yang dikongsikan oleh SatuGadget pada halaman web mereka yang menunjukkan Zenfone 2 ZE551ML  dengan 2GB ram dan cip pemprosesan 2.3GHz quad-core Z3580 (Z3580 adalah cip processor untuk versi 4GB ram bukan 2GB ram).

HARGA ASUS ZENFONE 2 MALAYSIA PRICE 2

Kami percaya ini hanyalah salah faham dan berkemungkinan kesilapan ketika menaip spesifikasi telefon pintar tersebut namun tidak pasti samada mereka tersilap tulis saiz ram atau jenis processor untuk model tersebut. Apa-apa pun pastikan anda kenal model yang ingin dibeli sebelum melakukan pembelian supaya tidak berlaku salah faham.

Facebook Comments

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here