Cyanogen OS 12 Untuk OnePlus One Kini Rasmi – Kemaskini OTA Bermula Hari Ini

1
409 views
views

Cyanogen OS 12 Untuk OnePlus One akhirnya dikeluarkan secara rasmi oleh pihak Cyanogen selepas pengumumannya dibuat tidak lama dahulu. Sedikit lewat berbanding OxygenOS yang dihasilkan oleh pihak Oneplus sendiri, kemaskini sistem operasi tersebut kini dikeluarkan kepada semua pengguna OPOne bermula hari ini secara berperingkat.

Cyanogen OS 12 Untuk OnePlus One

Beberapa ciri baru Cyanogen OS 12 turut diperkenalkan antaranya ialah pengunaan aplikasi email milik Cyanogen yang dikuasakan oleh Boxer. Aplikasi email premium ini boleh digunakan secara percuma oleh semua pengguna OnPlus One.

Selain itu, fungsi Themer turut ditambahbaik dalam kemaskini baru ini, memberi lebih kebebasan kepada pengguna dalam mengubahsuai rupabentuk Android 5.0 Lollipop mengikut citarasa masing-masing. App Themer, merupakan sebuah fungsi baru khas yang turut hadir dalam kemaskini kali ini membenarkan pengguna untuk mengubah rupabentuk sesebuah aplikasi tanpa perlu menukar keseluruhan tema hanya disebabkan sebuah aplikasi.

Setakat yang kami semak hari ini, file img dan zip Cyanogen OS 12 ini masih belum dikongsikan oleh pihak Cyanogen kepada pengguna bagi tujuan kemaskini manual. Anda boleh memuat turunnya kelak melalui halaman Support mereka.

sumber | Cyanogen Blog
muat turun | Cyanogen Support

Facebook Comments

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here