Aplikasi Music Bakal Menggantikan Xperia Walkman – Muat Turun APK 9.0.0.A.1.2 Beta

0
489 views
views

Xperia Walkman tidak dinafikan antara pemain muzik kegemaran kami dengan antaramuka yang kemas dan menarik dan dalam satu perkembangan terbaru, Sony akan melakukan penjenamaan semula aplikasi walkman mereka.

Xperia Walkman akan dikenali sebagai Music membawakan beberapa perubahan besar kepada aplikasi tersebut. Antara ciri-ciri baru yang diperkenalkan lebih pantas ketika dibuka, saiz aplikasi yang lebih kecil, setting diubah ke bahagian drawer di tepi, butang previous kini terdapat pada widget di lockscreen dan beberapa yang lain.

Anda boleh memuat turun file apk aplikasi Music ini melalui pautan di bawah. Untuk memasangnya, anda hanya perlu masukkan file apk ke dalam memori peranti dan pasang seperti biasa. Bagi yang mengalami masalah “Apps not Installed” anda perlu lakukan secara manual dengan memasukkan file apk ke dalam bahagian sistem telefon pintar anda. Proses ini memerlukan kepada akses root.

Kami telah pun cuba aplikasi Music ini pada peranti Motorola Moto G yang menggunakan custom rom Android 5.1 Lollipop CM Based. Pada mulanya ia gagal dipasang dan berfungsi selepas dipasang secara manual dengan memasukkan ke dalam folder sistem/app Moto G. Namun, kerap kali mengalami masalah force closed, mungkin kerana tidak sesuai dengan Android 5.1 Lollipop.

Muat Turun Music 9.0.0.A.1.2 Beta

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here