Xperia Keyboard Android 5.0.2 Lollipop Xperia Z3 Kini Boleh Dipasang Pada Telefon Pintar Lain

1
608 views
views

Xperia Keyboard 6.6.B.0.11 merupakan versi terbaru Xperia Keyboard yang hadir bersama kemaskini Android 5.0 Lollipop untuk Xperia Z3 dan juga Xperia Z3 Compact. Keyboard ini merupakan antara aplikasi keyboard kegemaran kami selepas keyboard asas Android 5.0 Lollipop.

Mempunyai rupabentuk yang kemas dan menarik, seorang pembangun XDA Dev telah pun melakukan proses penyesuaian aplikasi (port) kepada pengguna peranti lain yang menggunakan custom rom Android 4.x KitKat (CM11,AOSP), Android 5.0 Lollipop (CM12,AOSP) dan Android 5.1 Lollipop.

xperia keyboard android lollipop

Aplikasi Xperia Keyboard ini perlu dipasang melalui custom recovery seperti TWRP atau CWM dan jika tidak berjaya, anda boleh lakukan pemasangan secara manual dengan memasukkan file aplikasi tersebut ke dalam bahagian sistem telefon pintar. Ini memerlukan akses root dan custom recovery pada telefon pintar anda, jadi pastikan anda telah pun mempunyai root akses.

Kami telah pun mencubanya pada peranti Nexus 5 yang menggunakan custom rom Android 5.1 Lollipop dan TWRP recovery dan ianya berfungsi dengan amat baik tanpa sebarang masalah. Untuk mereka yang berminat, pautan muat turun serta arahan pemasangan boleh didapati dibawah.

Muat Turun Xperia Keyboard Android 5.0 Lollipop

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here