Sony Xperia M4 Aqua Diperkenalkan Secara Rasmi -Telefon Pintar Kalis Air Terbaik Untuk Anda

1
745 views
views

Sony Xperia M4 akhirnya diperkenalkan secara rasmi setelah beberapa maklumat awal mengenainya tersebar. Seperti yang dijangka, ini merupakan telefon pintar kalis air dan debu terbaik yang dihasilkan oleh Sony Mobile.

Sebuah telefon kelas pertengahan dengan cip pemprosesan 64 Bit Snapdragon 615 berkelajuan 1.5GHz, Xperia M4 Aqua ini turut dilengkapi dengan ram sebesar 2GB bagi memastikan segalanya pantas, skrin 720p bersaiz 5 inci, kamera utama 13 megapiksel dan kamera hadapan 5 megapiksel, sambungan LTE, memori terbina 8/16GB dan bateri sebesar 2400mAh yang mampu bertahan selama 2 hari penggunaan.

Sony Xperia M4 Aqua ini akan dilancarkan dalam 3 warna pilihan iaitu hitam puith dan merah jambu. Sony mengatakan telefon pintar kalis air mereka ini akan mula dijual pada harga sekitar EUR299 (RM1300) dan boleh didapati melalui pengedar mereka di 80 buah negara terpilih.

Selain hadir dengan Android 5.0 Lollipop sebagai sistem operasi utama, apa yang menariknya, Xperia M4 Aqua ini hadir dengan USB Port terbuka tanpa penutup walaupun ianya kalis air.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here