HTC One M9 Diperkenalkan Secara Rasmi – Sedia Bersaing Dengan Samsung Galaxy S6/Edge

0
432 views
views

HTC One M9 merupakan antara telefon pintar yang amat kami nantikan selain daripada Samsung Galaxy S6 pada MWC 2015 kali ini. Selepas beratus maklumat mengenainya tersebar sejak beberapa minggu yang lalu, HTC akhirnya melancarkan telefon pintar tercanggih mereka secara rasmi.

Dilengkapi spesifikasi terbaik masa kini, HTC One M9 masih mengekalkan rekabentuk yang hampir sama seperti model terdahulu iaitu HTC One M8. Apa yang pasti, spesifikasi yang digunakan menjadikan One M9 antara telefon pintar tercanggih untuk tahun 2015.

Ini antara spesifikasi yang ada telefon pintar terbaru milik HTC ini :

CPU Processor : Snapdragon 810 64 Bit
Saiz Skrin : 5 inci 1080p
Ram : 3GB
Memori terbina : 32GB + sokongan memori kad
Sistem Operasi : Android 5.0 Lollipop
Kamera : 20 megapiksel, 4 Ultra Piksel di hadapan
Bateri : 2840mAh

HTC menambahbaik rekaan HTC One M9 yang mengambil inspirasi dari rekaan HTC One M8 dengan rekaan yang lebih minimal dan ringan.Kali ini, One M9 hadir dengan beberapa pilihan warna baru antaranya Perak + Keemasan, Merah Jambu + Keemasan, warna Emas dan Hitam.

Model terbaru ini tidak dilengkapi ciri-ciri kalis air ataupun debu namun pihak HTC menjanjikan sebuah casing kalis air untuk telefon pintar mereka. Speaker hadapan turut ditambahbaik dengan teknologi Dolby Sound. Secara asasnya, bateri sebesar 2840mAh padanya turut menyokong ciri-ciri pengecasan pantas namun pengecas yang disertakan oleh HTC bukan merupakan pengecas pantas.

Menyentuh mengenai soal kamera, ianya menggunakan kamera 20 megapiksel yang dihasilkan oleh Toshiba dan turut meyertakan kamera 4 UltraPixel sebagai kamera hadapan. Kamera One M9 ini walaubagaimanapun tidak menyokong fungsi Optical Image Stabilization atau OIS.

HTC One M9 hadir dengan HTC Sense 7 bersama-sama Android 5.0 Lollipop dan launcher yang ada padanya kini menyokong fungsi tema yang akan menukar hampir keseluruhan rupabentuk termasuk icon,wallpaper dan juga keyboard. Navigation Bar pada telefon pintar ini turut boleh diubah mengikut citarasa pengguna.

Buat masa ini, tiada pengumuman rasmi dibuat mengenai harga yang bakal ditawarkan oleh HTC untuk peranti terbaru mereka ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here