XperiaPop Light – Tema Android Lollipop CM12 Berkonsepkan Telefon Pintar Xperia

Android 5.0 Lollipop untuk siri Xperia mungkin mengambil masa untuk hadir ketika ini, salah satu cara untuk anda menggunakan sistem operasi terbaru milik Google itu pada Xperia masing-masing ialah menggunakan custom rom CM12 yang berasaskan Android 5.0 Lollipop.

Cyanogenmod 12 hadir dengan rupabentuk asal Android 5.0 Lollipop dan bagi anda yang inginkan ciri-ciri Xperia pada sistem operasi CM12 tersebut, ia boleh dilakukan dengan memasang tema XperiaPOP Light yang dihasilkan oleh pembangun bulletproof136 .

Mengambil konsep rekaan serta warna yang digunakan pada telefon pintar Xperia Android 4.4.4 Kit Kat, harus kami katakan ianya sangat menarik. Tema ini turut hadir dengan rekaan icon material design terbaru Xperia.

Anda boleh membeli aplikasi tema CM12 ini melalui Play Store ataupun memuat turun file apk yang diberikan secara percuma oleh Bulletproof136 sendiri. Harus diingat, tema ini hanyalah untuk custom rom CM12 yang dilengkapi theme engine cyanogenmod terbaru.

Muat Turun APK
Beli Dari Playstore

1 COMMENT

  1. Hello Soleheen!

    Saya nak tanya, saya peguna Sony Xperia (Xperia Tablet Z)

    Saya ada masalah sikit, saya tidak dapat menghidupkan saya punya tablet
    tapi kalau saya charger boleh on tapi kena tekan beberapa kali baru boleh
    lepas itu, volume (+) tidak dapat berfungsi juga..

    jadi saya nak tanya,apa masalah ya??

    (Ini berlaku selepas termasuk dalam air)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here