Sony Xperia Z4 Bakal Guna Android 5.0.2 Lollipop, Snapdragon 810

0
323 views
views

Sony Xperia Z4 tidak dinafikan amat dinantikan oleh kami kehadirannya. Jangkaan awal untuk melihat ia diperkenalkan dalam seawal Januari 2015 lalu ternyata meleset.Model Xperia Z3 terdahulu merupakan antara telefon pintar terbaik di pasaran ketika ini dengan ketahanan bateri yang amat baik iaitu sekitar 2 hari penggunaan.

Kami mengharapkan sesuatu yang lebih baik diperkenalkan oleh Sony untuk Xperia Z4 dan berita baik dimana telefon pintar terbaru daripada Sony kelak akan dilengkapi spesifikasi terbaik masa kini. Beberapa keping screenshot bahagian About Phone Sony Xperia Z4 tersebar sekaligus memberi petunjuk awal mengenai spesifikasi telefon pintar tersebut.

Bahagian About Phone menunjukkan Sony Xperia Z4 bakal menggunakan sistem operasi terbaru Android 5.0.2 Lollipop dengan cip pemprosesan tercanggih masa kini, Qualcomm Snapdragon 810.

Tidak banyak yang dapat dikatakan daripada screenshot yang dikongsikan. Ini berkemungkinan rupa bentuk kemaskini Android 5.0 Lollipop yang dijanjikan untuk siri Xperia Z yang akan hadir tidak lama lagi.

Sama-sama kita nantikan pengumuman daripada Sony Mobile awal Mac kelak di Acara Mobile World Congress akan datang.

Sumber | via | via

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here