Sony Xperia M4 Bakal Diperkenalkan Sony Mac Ini – Dilengkapi Android 5.0 Lollipop

0
261 views
views

Sony Xperia M4 dijangka akan menjadi telefon pintar kalis air dalam kelas pertengahan bakal diperkenalkan oleh Sony pada acara Mobile World Congress pada bulan Mac hadapan menyertai siri Xperia Z4 dan juga Z4 Tablet.

Telefon pintar kalis air yang merupakan penyambung kejayaan siri Xperia M2 Aqua yang diperkenalkan tidak lama dahulu dilihat bakal menggunakan sistem operasi Android 5.0 Lollipop ketika diperkenalkan kelak. Maklumat mengenainya diperolehi melalui sebuah dokumen yang menyenaraikan beberapa telefon pintar Sony dan sistem operasi yang digunapakai.

Tiada spesifikasi lain dikongsikan dan anda harus menunggu sehingga Mac 2015 untuk melihat apa yang ditawarkan oleh Sony untuk telefon pintar kelas pertengahan mereka ini.

Sumber | Xperia Blog

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here