Sony Xperia M4 Aqua – Ini Rupabentuk Telefon Pintar Sony Dengan Snapdragon 615, Kamera 13MP

0
409 views
views

Sony Xperia M4 Aqua merupakan telefon pintar terbaru dari Sony Mobile yang dijangka akan diperkenalkan Mac akan datang. Kewujudannya disahkan melalui sebuah dokumen yang tersebar menunjukkan maklumat mengenai sistem operasi yang bakal digunakan iaitu Android 5.0 Lollipop.

Menjelang pelancaran telefon pintar tersebut, beberapa keping gambar menunjukkan rupabentuk sebenar Xperia M4 Aqua tersebar di arena web. Masih mengekalkan konsep rekaan telefon pintar Xperia sebelum ini, ianya tidak jauh berbeza dengan model terdahulu, Xperia M2 Aqua.

Menyentuh mengenai soal spesifikasi, Sony Xperia M4 Aqua ini dikatakan akan menggunakan cip 64 Bit Snapdragon 615 sebagai cip pemprosesan utama, kamera utama 13 megapiksel, 5 megapiksel di bahagian hadapan, Android 5.0 Lollipop dan skrin 720p HD bersaiz 5.2 inci.

Sama-sama kita tunggu pengumuman dari pihak Sony mengenai peranti terbaru mereka untuk tahun 2015 ini yang dijangka akan turut memperkenalkan Xperia Z4, Xperia Z4 Tablet dan Xperia M4 Aqua.

sumber

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here