Lenovo Vibe S1, Vibe X3, Vibe P1, Vibe P1 Pro Dan Vibe Max – Bakal Diperkenal Lenovo Mac Ini

0
1,042 views
views

Memperkenalkan satu atau dua buah telefon pintar mungkin dianggap terlalu mainstream oleh pihak Lenovo dan mereka dikatakan bakal memperkenalkan 6 siri telefon pintar baru pada acara Mobile World Congress 2015 akan datang.

Lenovo Vibe S1, Vibe X3, Vibe P1, Vibe P1 Pro, Vibe Max dan Vibe Shot dijangka akan diperkenalkan serentak kelak dengan sasaran untuk semua golongan pengguna.

Lenovo Vibe S1

Merupakan sebuah telefon pintar untuk golongan muda, ia bakal hadir dalam beberapa pilihan warna antaranya  purple, pink dan light blue. Tiada spesifikasi lengkap dikongsikan buat masa ini namun Vibe S1 ini dikatakan akan menjadi telefon pintar selfie dengan kamera hadapan yang baik.

Lenovo Vibe X3

Sebuah telefon pintar dengan skrin 5.5 inci 1080p, turut dilengkapi dengan stereo speaker,Fingerprint sensor terletak di bahagian bawah kamera, kamera 20 megapiksel dan binaan logam pada bahagian badan. Spesifikasi lain tidak dikongsikan buat masa ini.

Lenovo Vibe P1

Sebuah telefon pintar dalam siri Vibe yang memfokuskan kepada prestasi bateri. Lenovo Vibe P1 bakal dilengkapi dengan bateri sebesar 4,000mAh, cukup untuk menampung penggunaan seharian anda tanpa sebarang masalah. Lenovo Vibe P1 ini akan menggunakan cip pemprosesan Mediatek 64 Bit dengan 2GB ram bagi memastikan segalanya laju dan pantas, Android 5.0 Lollipop, sokongan LTE dan bahan binaan logam pada bahagian badan.

Jika anda merasakan 4,000 mAh bateri tidak mencukupi, Lenovo turut dijangka akan memperkenalkan Vibe P1 Pro yang dilengkapi bateri yang lebih besar iaitu 5,000mAh dengan sokongan QuickCharge. P1 Pro berkemungkinan akan mempuyai skrin sebesar 5.5 inci.

Lenovo Vibe Shot

Sebuah telefon pintar dengan ram sebesar 3GB dan skrin FullHD bersaiz 5 inci. Cip pemprosesan yang bakal digunakan ialah Snapdragon 615 iaitu cip 64 Bit milik Qualcomm. Bersesuaian dengan namanya, Vibe Shot akan mempunyai kamera hadapan 16 megapiksel dilengkapi teknologi Optical Image Stabilization atau OIS.

Telefon pintar ini akan mempunyai saiz memori terbina sebesar 32GB dengan sokongan memori kad sehingga 128GB, Android 5.0 Lollipop dan kemasan logam pada bahagian badan. Tiga LED yang ada pada kamera Vibe Shot ini dikatakan mampu menghasilkan gambar dengan kualiti terbaik dalam apa keadaan sekalipun.

Buat masa ini, maklumat yang dikongsikan masih belum disahkan dan anda harus menantikan pengumuman dari pihak Lenovo pada acara Mobile World Congress yang akan berlangsung pada Mac 2015 akan datang.

SUMBER | VIA | VIA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here