Instagram Themer – Tukar Warna Aplikasi Instagram Kepada Warna Kegemaran Anda

0
525 views
views

Jika anda bosan dengan warna biru aplikasi Instagram dan inginkan satu kelainan padanya, Instagram Themer merupakan Xposed module yang wajib anda cuba. Pembangun XDA Dev, KuaQ berjaya mencipta satu modul untuk Xposed Framework membenarkan pengguna menukar warna aplikasi Instagram kepada warna kegemaran.

Untuk menukarkan warna Instagram tersebut, telefon anda perlu di root terlebih dahulu sebelum aplikasi Xposed Framework dipasang dan modul Instagram Themer tersebut diaktifkan. Secara ringkasnya apa yang anda perlu lakukan ialah :

1- Root telefon pintar anda.
2- Muat turun dan pasang Xposed Framework pada telefon anda.
3- Muat turun modul Instagram Themer dan aktifkan modul tersebut pada Xposed Framework.
4- Reboot/restart telefon masing-masing.
5- Buka Instagram Themer dan masukkan kod warna kegemaran anda.

Proses ini agak berisiko tinggi bagi mereka yang tidak mempunyai asas dalam perkara sebegini. Kemungkinan untuk berlaku bootloop ( telefon sangkut pada logo) adalah amat tinggi dan pastikan anda melakukan backup terlebih dahulu melalui custom recovery telefon masing-masing.

Instagram Themer ini sesuai untuk telefon pintar yang menggunakan Android 4.0.3 Ice Cream Sandwich dan keatas yang telah mempunyai akses root penuh padanya. Kami tidak bertanggungjawab keatas sebarang perkara yang tidak diingini sekiranya berlaku. Pastikan anda tahu apa yang perlu dilakukan.

Muat Turun Instagram Themer Module
Muat Turun Xposed Framework

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here