Harga Xiaomi Mi Note Di Malaysia – Telefon Pintar Flagship Xiaomi Kini Di Malaysia

0
1,221 views
views

Harga Xiaomi Mi Note Di Malaysia, flagship terbaru daripada Xiaomi akhirnya hadir ke Malaysia selepas Xiaomi Redmi 2 ditawarkan di Malaysia sejak beberapa minggu yang lalu. Telefon pintar bersaiz 5.7 inci ini dilengkapi spesifikasi terkini antaranya 3GB ram dan cip pemprosesan Snapdragon 801 berkelajuan 2.5GHz.

Jika sebelum ini peranti Xiaomi dianggap antara peranti yang boleh ditawarkan pada harga yang amat murah jika hendak dibandingkan spesifikasi yang digunakan, namun tidak pada Xiaomi Note.Beberapa penjual tempatan dilihat menawarkan Xiaomi Note pada harga sekitar RM1850-RM1900.

IKLAN

Harus diingat, ini bukan set rasmi yang ditawarkan oleh Mi Malaysia akan tetapi merupakan original AP set dengan waranti dari kedai memandangkan ianya diimport masuk oleh penjual itu sendiri.

Menyentuh mengenai spesifikasi yang ada pada Xiaomi Note ini ia dilengkapi dengan skrin 5.7 inci HD 1080p, cip pemprosesan Snapdragon 801 berkelajuan 2.5GHz, 3GB ram, Android 4.4.4 Kit Kat, kamera utama 13 megapiksel dan 4 megapiksel di bahagian hadapan, 16GB memori terbina tanpa sdcard dan bateri sebesar 3000 mAh dengan teknologi Quick Charge 2.0 yang mampu mengecas 60% dalam masa 30 min.

sumber | via | via

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here