Bagaimana Untuk Mendapat Notifikasi Dan Membuka Instagram Pada Desktop Anda ? – Ini Caranya

0
429 views
views

Jika selama ini anda merasakan menggunakan instagram di telefon pintar tidak dapat memberikan kepuasan sebenar dan inginkan menggunakannya pada desktop atau laptop anda, ini cara yang boleh anda lakukan.

Membuka instagram.com pada pelayar web merupakan salah satu cara yang boleh dilakukan namun tidak menarik dan kekurangan fungsi asas instagram itu sendiri. Apa yang kami boleh syorkan ialah menggunakan aplikasi Pokki dan memuat turun Pixsta yang merupakan aplikasi pihak ketiga untuk Instagram.

 

Pixsta membolehkan anda menggunakan instagram pada dekstop komputer dengan segala fungsi asas dan turut disertakan dengan beberapa fungsi tambahan. Bagaimana untuk menggunakannya?

1- Muat turun Pokki dan pasang pada komputer/laptop anda.
2- Buka Pokki yang dipasang tadi dan buka PC App Store yang ada pada bahagian paparan menu.
3- Cari aplikasi Pixsta dan muat turun.
4- Tunggu proses pemasangan selesai.
5- Log masuk ke akaun anda dan nikmatinya.

Bagi pengguna Windows 8/8.1, Pokki akan berfungsi sebagai Start Menu komputer anda dan notifikasi dari Pixsta akan dipaparkan di bahagian atas desktop anda apabila gambar anda di “like”.Mudah bukan?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here