Aplikasi MaxxAudio OnePlus One Kini Boleh Dipasang Pada Custom Rom Peranti Lain

0
517 views
views

MaxxAudio pada yang hadir dalam kemaskini terbaru CM11S OnePlus One baru-baru ini merupakan antara aplikasi audio terbaik pernah kami cuba. Pengguna akan mendapat pelbagai jenis setting pada Equalizer aplikasi tersebut menjadikan pengalaman mendengar muzik lebih baik.

Jika sebelum ini, ianya hanya eksklusif untuk peranti OnePlus One sahaja, kini tidak lagi dimana seorang pembangun XDA Dev telah pun melakukan proses penyesuaian aplikasi (port) kepada pengguna peranti lain yang menggunakan custom rom CyanogenMod 11 (Android 4.4 KitKat) dan 12 (Android 5.0 Lollipop).

Jika peranti anda menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 801 dan custom rom CM11 atau CM12 berkemungkinan besar ianya akan berfungsi dengan baik (untuk peranti dengan cip pemprosesan lain tiada jaminan ia akan berfungsi).

Kami telah pun mencuba MaxxAudio ini pada peranti OnePlus One menggunakan rom Paranoid Android, Android 5.0 Lollipop (berasaskan Cyanogenmod 12 Nightlies) dan kesemua fungsi yang ada berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah.

Rujuk halaman XDA Dev oleh  soralz untuk mendapatkan pautan muat turun mengikut rom yang anda gunakan samada CM11 atau CM12. Anda perlu flash file zip yang diberi melalui custom recovery seperti TWRP. Pastikan anda tahu apa yang perlu dilakukan.

SUMBER

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here