Xiaomi Redmi 2 Diperkenalkan Secara Rasmi – Snapdragon 410 64-Bit, Kamera 8 Megapiksel, MIUI 6

Xiaomi Redmi 2, bagi anda yang menunggu ketibaan telefon pintar bajet dari pihak Xiaomi, berita baik dimana mereka telah pun mengumumkan Xiaomi Redmi 2 secara rasmi hari ini, merupakan penyambung kejayaan model Redmi Mi 1 terdahulu.

Dilengkapi spesifikasi yang ditambah baik, antara spesifikasi utama telefon pintar bajet terbaru milik Xiaomi ini ialah:

-4.7″ IPS display, 1280×720 resolutiton, 312 PPI
-Qualcomm Snapdragon 410 Quadcore 64-bit 1.2 GHz processor
-Dual-SIM with 2 card-slots
-1GB RAM, 8GB memori dalaman (sdcard 32GB)
-Cortex A53 structure, 1.5 ganda lebih laju berbanding A7
-Adreno 306 GPU
-Dual-SIM 4G LTE (TDD/ FDD)
-2200 mAh Samsung Lithium polymer battery
-Kamera utama 8 megapiksel, 2 megapiksel di hadapan.
-133 grams, 9.4 mm thick
-Cover belakang hadir dalam 5 pilihan warna.
-Hadir dengan MIIUI 6 (Android 4.4.4 KitKat).

Mungkin tidak banyak perubahan yang dilakukan, namun jika dilihat dari bateri yang digunakan, ia kini menyokong teknologi QuickCharge yang mempercepatkan proses pengecasan sehingga 40%. Redmi 2 ini juga lebih ringan berbanding model terdahulu yang mempunyai berat sekitar 158 gram.

Telefon pintar ini dijangka bakal dijual pada harga sekitar 699 RMB (112 USD) (RM398). Namun, tarikh jualan tidak diketahui buat masa ini.

Sumber | Mi Forum

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here