Xiaomi Redmi 2 Baru Diperkenalkan – Dikemaskini Dengan 2GB Ram, 16GB Memori Dalaman

0
393 views
views

Xiaomi Redmi 2 ketika diperkenalkan baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi dari peminat mereka dimana hanya menggunakan 1GB ram dan juga memori terbina 8GB. Pihak Xiaomi dilihat mengambil berat mengenai hal tersebut dan kini pihak mereka akan mengeluarkan Xiaomi Redmi 2 yang dikemaskini spesifikasinya.

CEO Xiaomi pada 26 Januari lalu mengumumkan melalui akaun Weibo miliknya bahawa Xiaomi Redmi 2 dengan 2GB ram dan juga memori dalaman lebih besar iaitu 16GB akan diperkenalkan kepada penggguna.

Masih mengekalkan spesifikasi lain tanpa perubahan termasuk rekabentuk yang sama, Xiaomi Redmi 2 baru ini berkemungkinan akan dijual pada harga yang sedikit lebih mahal berbanding model asal. Berikut adalah spesifikasi Xiaomi Redmi 2 baru ini :

-4.7″ IPS display, 1280×720 resolutiton, 312 PPI
-Qualcomm Snapdragon 410 Quadcore 64-bit 1.2 GHz processor
-Dual-SIM with 2 card-slots
2GB RAM, 16GB memori dalaman (sdcard 32GB)
-Cortex A53 structure, 1.5 ganda lebih laju berbanding A7
-Adreno 306 GPU
-Dual-SIM 4G LTE (TDD/ FDD)
-2200 mAh Samsung Lithium polymer battery
-Kamera utama 8 megapiksel, 2 megapiksel di hadapan.
-133 grams, 9.4 mm thick
-Cover belakang hadir dalam 5 pilihan warna.
-Hadir dengan MIIUI 6 (Android 4.4.4 KitKat).

Di Malaysia, Xiaomi Redmi 2 versi 1GB ram dan 8GB memori terbina telah pun mula dijual oleh beberapa penjual tempatan pada harga sekitar RM460.

Sumber | via

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here