Harga Xiaomi Redmi 2 Di Malaysia – Ditawarkan Oleh Penjual Tempatan

Harga Xiaomi Redmi 2 di Malaysia, mungkin ramai antara anda yang sedang menunggu Xiaomi Redmi 2 untuk ditawarkan di Malaysia dan berita baik buat anda dimana ianya telah pun dibawa masuk ke pasaran Malaysia sejak seminggu yang lalu.

Walaubagaimanapun, ianya bukan set rasmi yang ditawarkan oleh pihak MI Malaysia akan tetapi dibawa masuk oleh penjual tempatan, antaranya ialah pihak DirectD yang menawarkan telefon pintar tersebut pada harga RM459.

Dilengkapi spesifikasi yang ditambah baik, antara spesifikasi utama telefon pintar bajet terbaru milik Xiaomi ini ialah:

-4.7″ IPS display, 1280×720 resolutiton, 312 PPI
-Qualcomm Snapdragon 410 Quadcore 64-bit 1.2 GHz processor
-Dual-SIM with 2 card-slots
-1GB RAM, 8GB memori dalaman (sdcard 32GB)
-Cortex A53 structure, 1.5 ganda lebih laju berbanding A7
-Adreno 306 GPU
-Dual-SIM 4G LTE (TDD/ FDD)
-2200 mAh Samsung Lithium polymer battery
-Kamera utama 8 megapiksel, 2 megapiksel di hadapan.
-133 grams, 9.4 mm thick
-Cover belakang hadir dalam 5 pilihan warna.
-Hadir dengan MIIUI 6 (Android 4.4.4 KitKat).

Dengan tanda harga dibawah RM500, telefon pintar ini sekali lagi memberikan saingan sengit kepada model-model jenama lain dan bagi kami ianya berbaloi untuk dimiliki selepas melihat prestasi cemerlang yang ada pada model Redmi 1S terdahulu.

sumber

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here