Harga Samsung Galaxy A5 Di Malaysia – Rekabentuk Premium, Sasar Golongan Muda

Harga Samsung Galaxy A5 di Malaysia, mungkin ramai antara anda yang tertanya-tanya mengenai harga yang bakal ditawarkan oleh Samsung untuk peranti terbaru mereka ini. Bakal dilancarkan secara rasmi pada 8 Januari ini, tiada maklumat dikongsikan mengenai harga telefon pintar tersebut.

Berita baik bagi yang tidak sabar menunggu, beberapa penjual tempatan dilihat telah mula menawarkan telefon pintar ini kepada pengguna pada harga sekitar RM1100 dan hadir bersama waranti dari pihak Samsung Malaysia.

IKLAN

Menyentuh mengenai soal spesifikasi, Galaxy A5 merupakan sebuah telefon pintar dengan spesifikasi kelas pertengahan. Antaranya ia dilengkapi skrin bersaiz 5 inci (720p), cip pemprosesan Snapdragon 410 berkelajuan 1.2GHz, 2GB ram, memori dalaman 16GB (sdcard 64GB), kamera utama 13 megapiksel, 5 megapiksel di bahagian hadapan untuk kepuasan selfie anda, sokongan LTE dan bateri Li-Ion bersaiz 2300 mAh. Telefon pintar ini juga hadir dengan Android 4.4.4 Kit Kat.

sumber

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here