Harga OPPO R5 Di Malaysia – Telefon Ternipis Kini Di Malaysia

1
10,040 views
views

Harga Oppo R5 di Malaysia, bagi anda yang tertanya-tanya mengenai harga jualan OPPO R5 di Malaysia ketika ini, berita baik buat anda di mana ia telah pun ditawarkan kepada pengguna Malaysia melalui beberapa penjual tempatan.

Digelar antara telefon pintar ternipis buat masa ini dengan ketebalan hanya sekitar 4.85mm, ia mula dijual kepada pengguna Malaysia pada harga RM1600. Antara spesifikasi utama telefon pintar ini ialah :

IKLAN

– Cip pemprosesan Snapdragon 615 berkelajuan 1.5GHz
– Skrin 5.2 inci (1080p)
– 2GB Ram
– Android 4.4.4 Kit Kat ( Color OS 2.0)
– Kamera utama 13 megapiksel, 5 megapiksel di hadapan
– Memori dalaman 16GB ( tiada sokongan sdcard )
– Bateri bersaiz 2000mAh

Selain Oppo R5, turut mula dijual pada bulan ini ialah flagship terbaru Oppo iaitu Oppo N3 yang dilengkapi kamera unik 16 megapiksel yang boleh berpusing secara automatik melalui sokongan Gesture pada skrin telefon pintar. Anda boleh mendapatkan smartphone ini daripada kedai tempatan ataupun melalui Oppo Concept Store yang berada di seluruh negara.

sumber

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here