Harga Oppo N3 Di Malaysia – Telefon Oppo Tercanggih, Kamera 16MP Boleh Putar Kini Di Malaysia

1
5,088 views
views

Harga Oppo N3 di Malaysia, mungkin ramai antara anda di Malaysia yang sedang menunggu ketibaan telefon pintar unik dari Oppo ini. Dilengkapi spesifikasi terbaik yang ada masa kini, ia turut mempunyai pelbagai ciri-ciri menarik yang tidak terdapat pada telefon pintar lain.

Pihak Oppo Malaysia telah pun menjual secara rasmi Oppo N3 di Malaysia mulai bulan ini dimana anda boleh mendapatkannya pada harga RM2098. Tinjauan kami mendapati buat masa ini tidak banyak kedai tempatan yang menawarkan Oppo N3 kepada pelanggan dan sedikit sukar untuk mendapatkannya selain di kedai konsep Oppo sendiri.

 

Antara spesifikasi  utama Oppo N3 ini ialah dilengkapi skrin 1080p bersaiz 5.5 inci, cip pemprosesan Snapdragon 801 bekelajuan 2.3GHz , 2GB ram, memori terbina 32GB dengan sokongan 128GB sdcard, kamera utama 16 megapiksel yang boleh dipusingkan secara automatik, Android 4.4.4 Kit Kat ( Color OS 2.0) dan bateri sebesar 3000mAh.

 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here