Aplikasi Xperia Walkman Dikemaskini – Antaramuka Baru Berkonsepkan Material Design

0
279 views
views

Xperia Walkman + Material Design, itu kemaskini yang kami tunggu-tunggu daripada pihak Sony dan berita baik dimana aplikasi tersebut bermula minggu ini telah pun menerima kemaskini baru membawakan perubahan besar pada antaramukanya.

Xperia Walkman kini menggunakan rekaan Material Design Android 5.0 Lollipop akan tetapi malangnya, sehingga waktu ini, masih tiada kemaskini Android 5.0 Lollipop untuk siri Xperia dikeluarkan.

Pihak Sony walaubagaimanapun telah pun mengesahkan bahawa kesemua siri Xperia Z termasuk Xperia Z, ZL dan juga ZR akan dikemaskini kepada Android 5.0 pada tahun ini.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba aplikas Xperia Walkman dengan rekabentuk Material Design ini, file apk boleh dimuat turun melalui pautan dibawah. Cuma perlu masukkan ke dalam kad memori dan pasang seperti biasa.

Muat Turun Xperia Walkman (8.5.A.2.7)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here