ZTE Star 2 – Telefon Pintar Dengan Kawalan Suara Penuh, Snapdragon 801, Kamera 13 Megapiksel

0
291 views
views

ZTE hari iniĀ  memperkenalkan ZTE Star 2 mereka, sebuah telefon pintar dengan rekaan badan yang sama seperti versi sebelumnya iaitu Star 1.Setiap kali sesebuah telefon pintar diperkenalkan, antara perkara yang paling kami nantikan ialah ciri-ciri khas yang didatangkan bersama telefon tersebut. Kebanyakkan model baru hadir dengan spesifikasi tinggi dan tidak banyak fungsi khs yang membezakan antara mereka.

Berlainan dengan ZTE Star 2 ini, anda akan mendapat sebuah telefon pintar yang boleh dikawal sepenuhnya menggunakan arahan suara. Fungsi kawalan suara ini membolehkan pengguna melakukan pelbagai perkara melaluinya seperti membuka aplikasi, menutup, menukar antara aplikasi, mengambil gambar, memainkan muzik dan lain-lain.

Lebih dari sekadar sebuah aplikasi, fungsi kawalan suara ini turut berfungsi walaupun tiada sambungan internet. Apabila Star 2 ini di dekatkan ke telinga, ia akan bertanya siapa yang anda ingin buat panggilan. ZTE mengatakan, arahan suara ini 90% tepat apabila digunakan dalam keadaan sekeliling yang bising dan akan memberikan tindak balas dalam masa 1.2 saat.

Menyentuh mengenai soal spesifikasi, ZTE Star 2 dilengkapi Android 4.4.4 Kit Kat, skrin 1080p bersaiz 5 inci, cip pemprosesan Snapdragon 801 berkelajuan 2.3GHz, 2GB ram, kamera utama 13 megapiksel, kamera belakang 5 megapiksel, memori terbina 16GB dan bateri sebesar 2,300 mAh.

Turut mempunyai sambungan LTE, telefon pintar ini akan dijual pada harga CNY 2,499 ( RM1395 ). ZTE Star 2 ini menggunakan kemasan kaca di bahagian belakang dan logam di bahagian tepi dengan ketebalan sekitar 6.9mm.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here