Xiaomi Mi5 Bakal Diperkenalkan – Dilengkapi Skrin 2K 5.7″, Snapdragon 810, Kamera 20.7 Megapiksel

3
699 views
views

Xiaomi Mi3 merupakan antara telefon pintar paling terkenal sekurang-kurang nya di Malaysia memandangkan ia dilengkapi spesifikasi tinggi namun diperkenalkan pada harga yang amat rendah. Kini, penyambung legasi Xiaomi Mi3, iaitu Xiaomi Mi5 dikatakan bakal diperkenalkan seawal Januari 2015 akan datang.

Gambar yang dikatakan sebagai Xiaomi Mi5

Mi5 bakal dilengkapi spesifikasi tercanggih yang ada. Cip pemprosesan yang dikatakan akan digunakan ialah Snapdragon 810 sebuah prosessor 64 Bit tercanggih milik Qualcomm, skrin bersaiz 5.7 ini dengan resolusi 2K dan juga kamera 20.7 megapiksel seperti yang terdapat pada Meizu MX4. Xiaomi Mi5 turut dikatakan akan menyokong fungsi Fingerprint Scanner padanya.

Telefon pintar daripada Xiaomi ini dijangka akan diperkenalkan ketika acara CES2015 bertempat di Las Vegas dan seperti Xiaomi Mi3, Mi5 akan turut diperkenalkan pada harga rendah kelak.

Sumber | via

3 COMMENTS

  1. aku pengguna xiaomi..stakt ni terbaik dr yg lain2,,,, performance sesuai dgn harga..bkn mcm jenama china lain…. tp org lain slh angp tentang fone ni…igt buatan china semua ke longkang… xiaomi adalah jenama yg terkenal diluar negara..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here