Xiaomi Mi Power Bank Baharu Bakal Dijual Di Malaysia Mulai Minggu Hadapan – 16,000mAh RM79

0
413 views
views

Xiaomi Mi Power Bank boleh dikatakan antara power bank terkenal di Malaysia selain dari Pineng yang ditawarkan pada harga rendah dan berkualiti tinggi. Seperti yang kami laporkan tidak lama dulu, Xiaomi telah pun memperkenalkan beberapa siri baru power bank mereka yang hadir dalam 2 pilihan iaitu 5,00mAh dan juga 16,000mAh.

Berita baik bagi anda yang sedang menunggu power bank terbaru daripada Xiaomi ini, ia akan mula ditawarkan di Malaysia mulai minggu hadapan kepada pengguna melalui halaman web rasmi Xiaomi Malaysia. Mi Power Bank 16,000mAh ini akan ditawarkan pada harga RM79.

Power Bank 16,000mAh dengan berat purata 350g ini turut dilengkapi dengan ciri-ciri baru seperti dua port sambungan usb membenarkan dua peranti di cas serentak dengan output maksima 3.6A dan 2.1A bila hanya satu peranti di cas. Xiaomi menyatakan, ia akan mengambil masa 9 jam untuk dicas penuh menggunakan plug 2A dan 14 jam menggunakan plug 1A.

Menyentuh mengenai soal tarikh jualan, anda boleh membeli power bank ini pada 11 Disember akan datang pada harga RM79. Untuk rekod, power bank Pineng dengan kapasiti 15,000mAh dijual pada harga sekitar RM50-RM70 dan RM70-RM90 untuk kapasiti 20,000mAh bergantung kepada penjual.

SUMBER | VIA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here