Ulasan Kelebihan Dan Kekurangan Nexus 9 Malaysia – Lupakan Tablet Sony, Samsung Dan … iPad

2
920 views
views

Ulasan mengenai kelebihan dan kekurangan Nexus 9 yang kini telah pun memasuki pasaran Malaysia sejak beberapa minggu yang lalu, itu perkara yang akan saya sentuh dalam sesi Review dan Ulasan gajet kali ini.

Sebuah tablet. Yup, Nexus 9 merupakan sebuah tablet yang dihasilkan oleh Google dengan kerjasama HTC sebagai pengeluar tablet siri Nexus kali ini menggantikan Samsung sebagai pengeluar Nexus 10 dan juga ASUS, pengeluar Nexus 7.

Review unit ini di taja dan dibawah masuk ke Malaysia oleh TechbugMy , sebuah kedai gajet online terbaik di Malaysia.

SPOILER AWAL : INI TABLET ANDOID TERBAIK BUAT MASA INI, TOLAK TEPI SONY SAMSUNG DAN… iPAD

Mengapa saya mengatakan ini merupakan tablet terbaik yang anda boleh dapatkan pada hari ini ? ( Beli Sekarang)

Dilengkapi spesifikasi yang tercanggih buat masa ini dan lari dari kebiasaan, anda boleh membaca ulasan awal kami dalam artikel Tanggapan Awal Nexus 9 dan sambung pembacaan dalam artikel review penuh Nexus 9 dalam sesi kali ini.

NEXUS 9 SEPINTAS LALU

Menyentuh mengenai faktor rekabentuk, seperti kebanyakkan tablet yang lain, tiada apa yang membezakan nya. Nexus 9 hadir dengan kemasan logam di bahagian tepi dan kemasan plastik lembut di bahagian belakang. Jika anda pengguna Nexus 5, kemasan pada bahagian belakang Nexus 5 merupakan kemasan yang sama digunakan pada Nexus 9.

Tablet ini juga sebenarnya agak ringan dengan berat sekitar 425g dan dengan saiz 8.9 inci, menjadikan ia agak selesa ketika dipegang sebelah tangan.

Untuk pengetahuan anda, Nexus 9 bukan direka dan dicipta bagi menyaingi Apple iPad Air 2 akan tetapi lebih kepada satu panduan oleh Google tentang bagaimana pengeluar tablet Android lain perlu menghasilkan tablet Android  mereka. Ringan, berkuasa dan dilengkapi dengan skrin beresolusi tinggi.

KELEBIHAN UTAMA | APA YANG KAMI SUKA MENGENAI NEXUS 9

Spesifikasi, itu antara perkara utama yang kami suka. Diatas kertas, Nexus 9 dilengkapi dengan cip pemprosesan tercanggih masa kini, Nvidia Tegra K1 64 Bit berkelajuan 2.3GHz, satu-satunya tablet yang dilengkapi cip pemprosesan tersebut. Nvidia Shield Tablet dan juga MiPad Tablet turut dilengkapi dengan Nvidia Tegra K1 namun bukan 64 Bit. Cip pemprosesan tersebut dibantu dengan ram sebesar 2GB bagi memastikan Nexus 9 lebih lancar dan mempunyai prestasi yang lebih mantap.

Anda akan turut mendapat kamera 8 megapiksel dibahagian belakang dan 1.6 megapiksel di hadapan, Android 5.0 Lollipop, Skrin 7.9 inci dengan resolusi 2K, memori terbina sebesar 16/32GB dan bateri bersaiz 6700mAh bagi memastikan ia dapat bertahan sepanjang penggunaan.

KELEBIHAN UTAMA
+ Spesifikasi Canggih
+ Skrin terbaik
+ Speaker
+ Ringan
+ Android Lollipop 5.0

Jika dilihat dari segi spesifikasi, Nexus 9 merupakan antara tablet tercanggih buat masa ini, akan tetapi mampukah ia menarik perhatian peminat tablet untuk membeli nya?

Skrin yang ada pada Nexus 9 ini memang cukup cantik dan “sharp”.  Dengan saiz 8.9 inci beresolusi 2048 x 1536 piksel segalanya tampak sempurna membuatkan skrin 1080p yang ada pada telefon pintar anda seakan tidak menarik apatah lagi dengan resolusi bawah dari 1080p.

Jika anda minat menonton video atau movie menggunakan tablet, aspek yang perlu diutamakan selain skrin yang cantik ialah speaker pada tablet tersebut. Seperkara lagi yang kami gemar pada Nexus 9 ini ialah Double Front Speaker yang ada padanya. Dilengkapi dengan teknologi BoomSound oleh HTC atau mungkin tidak ( wujud kontroversi yang mengatakan tiada HTC BoomSound pada Nexus 9) bunyi yang terhasil boleh saya katakan sebagai menakjubkan.

Sudah tentu anda tak boleh menjangkakan ia akan memberikan “bass” seakan speaker PC kerana ia hanya sebuah tablet. Namun, untuk sebuah gajet dengan kedudukan speaker di hadapan?,  speaker Nexus 9 merupakan yang terbaik dalam kelasnya.

Dengan berat sekitar 425g bagi versi Wifi, Nexus 9 tidak dinafikan memang sangat ringan. Secara atas kertas, ianya lebih ringan berbanding Apple iPad Air 2 yang mempumyai berat sekitar 437g. Berat yang ringan menjadikan tablet ini selesa dipegang dengan sebelah tangan.

Menyentuh mengenai kelebihan yang ada pada tablet Google HTC ini, tidak lengkap rasa nya jika tidak disebut mengenai sistem operasi yang diguna pakai oleh Nexus 9. Android 5.0 Lollipop ataupun lebih dikenali sebagai Android L pada awal kemunculannya, merupakan satu sistem operasi Android serba baru yang diubah hampir keseluruhan aspek yang ada padanya. Paling ketara ialah konsep Material Design dan fungsi serta ciri-ciir tambahan yang dimasukkan pada Android 5.0 Lollipop.

Antara ciri paling kami gemari sudah tentu fungsi penjimatan bateri, Guest Mode, User Mode yang membenarkan beberapa pengguna berkongsi sebuah tablet dan beberapa perkara lain.

DITENGAH-TENGAH ANTARA KELEBIHAN DAN KEKURANGAN

Kamera. Bagi saya, kamera yang ada pada HTC Nexus 9 ini bukan lah satu kelebihan dan bukan juga satu kekurangan untuk tablet tersebut. Kualiti gambar yang terhasil dengan 8 megapiksel pada bahagian belakang berada pada tahap memuaskan hati atau dalam bahasa pasarnya “boleh lah, takda la teruk mana”.

Tiada siapa yang ingin menggunakan kamera sebuah TABLET untuk mengambil gambar selfie atau mengambil gambar biasa kerana saiz tablet itu sendiri yang terlalu besar untuk diangkat sebagai sebuah kamera. Nampak pelik untuk seseorang yang mengambil gambar menggunakan tablet ( sekurang-kurangnya bagi saya, tak pasti jika anda memandang perlakuan itu sebagai normal).

NEUTRAL
(±) Kamera
(±)  Bateri

Bateri. Aspek prestasi bateri juga saya tidak letakkan dalam kategori kelebihan atau kekurangan pada Nexus 9 ini. Nexus 9 mampu bertahan penggunaan seharian dengan wifi aktif 24/7, layari web, instagram, twitter, facebook dan beberapa aktiviti lazim yang lain diselang-seli dengan bermain games.

Bagi bateri sebesar 6,700mAh, itu adalah biasa untuk ia bertahan selama itu. Android 5.0 Lollipop yang diguna pada Nexus 9 memberi satu kelebihan besar kepada tablet ini memandangkan ia mempunyai fungsi penjimatan bateri sedia terbina, sekaligus dapat membantu memanjangkan lagi hayat bateri Nexus 9. Mungkin ini boleh dikategorikan sebagai satu kelebihan ?

KEKURANGAN NEXUS 9

Dalam video pandang pertama saya mengenai Nexus 9 ini, di akhir video tersebut saya memberi rating awal 10/10 untuk tablet ini. Memandangkan tiada apa yang sempurna, ini antara kekurangan yang saya dapat lihat wujud padanya.

Terlalu cepat panas. Saya agak terkejut dengan keadaan ini sebenarnya. Tablet ini menjadi terlalu cepat panas terutama jika game berdefinisi tinggi dibuka walaupun untuk 4-5 minit game dimain. Ini agak merisaukan.

KEKURANGAN UTAMA
– Cepat Panas
– Masalah Kecil pada Butang Power
– Sokongan Sdcard

Kedudukan butang Power serta saiz  nya yang agak kecil. Ini merupakan satu lagi kekurangan yang ada pada Nexus 9. Butang Power yang ada padanya bagi saya agak kecil dan tidak berapa sedap untuk ditekan dan kadangkala tidak berapa responsif jika ditekan terlalu perlahan.

HTC dikatakan telah pun menukar butang power ini kepada yang lebih baik dalam batch terbaru ( hanya Nexus 9 batch awal sahaja mengalami masalah ini).

Untuk mengaktifkan skrin tablet ini, HTC mengambil langkah bijak dengan memasukkan fungsi “Double Tap to Wake” sekaligus memudahkan pengguna untuk mengaktifkan skrin tablet tanpa perlu bersusah payah menekan butang Power beribu kali setiap kali ingin mengatikfan skrin.

Sokongan sdcard mungkin dipandang sebagai satu kekurangan bagi Nexus 9 memandangkan ia tidak menyokong fungsi sdcard dan hanya bergantung kepada memori terbina sebesar 32GB atau 64GB. Namun, ini saya kira sudah cukup untuk memenuhi keperluan pengguna.

Terdapat banyak penyelesaian yang boleh digunakan antaranya ialah menggunakan pendrive OTG dan Cloud Storage seperti Box, Google Drive, DropBox dan lain-lain.

KESIMPULAN : ADAKAH NEXUS 9 LAYAK DIGELAR SEBAGAI TABLET ANDROID OF THE YEAR?

Jawapan ringkas, YA. Nexus 9 merupakan sebuah tablet yang hampir kepada sempurna sifatnya. Selain memiliki spesifikasi canggih dan terkini yang ada pada hari ini, menggunakan Android 5.0 Lollipop dibawah jenama Google Nexus turut menjadi satu kelebihan utama yang perlu anda pertimbangkan dan ambil kira dalam pembelian tablet.

Tablet ini akan terus menerima sokongan software daripada Google dan akan menjadi tablet pertama yang akan dikemaskini setiap kali Google mengeluarkan kemaskini Android baru untuk penguna. HTC sebagai pengeluar juga merupakan satu jenama premium yang tidak perlu dipersoalkan lagi akan kualiti nya.

Anda boleh mendapatkan Nexus 9 ini mulai hari ini daripada Techbug.My yang telah pun membawa masuk tablet ini lebih awal ke Malaysia. Lawati laman web mereka di www.techbug.my untuk membuat tempahan sebelum terlambat.

 

2 COMMENTS

  1. “Review unit ini di taja dan dibawah masuk ke Malaysia oleh TechbugMy , sebuah kedai gajet online terbaik di Malaysia.”

    dibawah ke dibawa?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here